INGINKU DAN INGINMU (!)
Duhai sayang
Setiap insan punyai sejarah silam
Ada sejarah amat menyenangkan
Kita mahu dia terus berulang
Terselit juga sejarah amat menyakitkan
Kita terlalu ingin untuk memadamnya
Tapi terlalu sukar Sayang
Kita cuba tutup segala ingatan hati
Tapi hati terus mengingati
Jiwa akan berbahasa
Tidak perlu untuk di lupa
Dia menjadi guru yang setia
Semalam kita ceritera yang berbeza
Tapi kini kita punyai satu rasa
Kita ingin dicintai
Kita ingin mengasihi dan menyanyangi
Kita ingin bertemu
Lalu kita dijerat rindu
Kita memuja di angin berlalu
Kita nukilkan madah yang syahdu
Terbayang kamar asmara kita semanis madu
Tempat bertemu cintamu dan cintaku
Ah ! Sayang ku
Bilakah masa itu
Tidak sabar rasanya kasih lelaki ku
Mahu bertemu sayang wanita mu .
No comments:
Post a Comment