Tekan- Tekan Okayy ! Thankyouuu BABE n DUDE . Heee ~

LIKE kalau SUKA ! UNLIKE kalau TAK SUKA (;

Jomm Kongsi LINK korang Dekat Sini :)

Tuesday, April 19, 2011

Realiti Cinta !

Cinta memang indah. Pada permulaan semuanya berjalan lancar. Anda begitu yakin bahawa tiada apa yang berlaku. Kusangkakan panas hingga ke petang tetapi hujan di tengahari. Anda dan pasangan mula bergaduh. Sedikit perselisihan faham dipendam begitu sahaja tanpa dikongsi kerana bimbang ianya akan merosakkan bunga cinta yang sedang berkembang. Akhirnya ia membesar dan tidak dapat dibendung lagi. Konflik pun berlaku. Anda mengatakan bahawa si dia telah berubah dan tidak lagi menyayangi anda. Si dia pula menyalahkan anda kerana tidak memahaminya. Akhirnya tercetuslah apa yang tidak diingini iaitu perpisahan.


Salah satu faktor konflik ini berlaku adalah kerana kegagagalan kita untuk memahami "bahasa cinta" pasangan kita sendiri. Kita tidak tahu perkara sebenar yang diinginkan oleh pasangan. Cuba banyangkan sebentar, mungkin konflik ini berlaku disebabkan pasangan anda seorang yang mempunyai kod Introvert. Introvert bermaksud, seorang seorang yang kurang menggemari aktiviti sosial. Pasangan anda lebih suka untuk menghabiskan kebanyakkan masanya dengan bersendirian. Bagi Introvert, berada di tempat yang mempunyai ramai orang agak merimaskannya.

Suatu hari pasangan anda yang pendiam ini pun balik dengan keadaan murung. Anda pun melihatnya. Anda ingin membantu, “Ada apa- apa tidak kena ke sayang?” Tetapi malangnya, anda tidak menerima sebarang respon. Si dia hanya menjawab tiada apa-apa yang berlaku. Lalu anda merasakan bahawa pasangan tidak ingin berkongsi dengan anda. Perasaan terkilan ini disimpan. Lama-kelamaan ianya membesar dan mencetuskan konflik.

Tetapi sebenarnya tahukah anda bahawa pasangan bukan tidak mahu berkongsi? Si dia mempunyai gaya perilaku sebagai seorang Introvert. Si dia memerlukan ruang untuk dirinya berfikir tentang masalah yang berlaku. Sebagai seseorang yang memahami personaliti pasangan, anda akan tahu bahawa jika pasangan anda tidak ingin berkongsi bukan bermakna tiada lagi cinta antara anda berdua. Anda akan faham bahawa sebenarnya pasangan anda hanya mahu sedikit ruang untuk memikirkan masalah tersebut. Jadi, tiadalah perasaan terkilan.

No comments:


TERIMA KASIH ! KALAU SUKA LIKE c:
SILA DATANG LAGI :)