Kalau dah selalu sangat mengalah itu makna nya sudah bosan atau sudah ada rasa malas untuk membaiki sesuatu keadaan.Dan akhirnya rasa malas itu akan kritikal kemudiannya keadaan akan jadi diam.
Merasa diri adalah terbaik dan merasa apa yang dilakukan adalah adil,betol dan berbaloi membuatkan diam itu akhirnya berpanjangan. Dan keadaan tetap sama.Tidak akan ada penyelesaian tidak akan ada kesudahan.
Dan dalam hati itu darah akan makin berkumpul sikit sikit jadi seketul.Seketul rasa benci yang sedang tunggu masa untuk ditoreh menjadi nanah.
Yang selalu mengalah perlu bangun.Sembur keyakinan dalam diri.Calitkan sikit ego untuk kekuatan.
Yang selalu ego duduklah.Cuba serapkan sedikit mengalah.Takpe bukannya salah.
Tak mungkin ada perubahan,tak akan ada peningkatan kalau yang mengalah terus mengalah dan berterusan memikiran apa yang dilakukan salah.
Tak mungkin ada perubahan,tak akan ada peningkatan kalau yang ego terus emo dan memikirkan apa yang dilakukan ada lah betul dan terbaik.
Jangan fikir diri sudah selamat hanya kerana disayangi.Cuba fikir yang rasa disayangingi itu adalah satu ancaman.
Bangun bernafas dan jangan lari.kawan-kawan, lari dari masalah bukan satu jalan yg terbaik.. dan lari dari cabaran membuatkan kita lemah!!! dan kita akan gagal dalam kehidupan.. renungkan.. fight to win!!
2 comments:
kadang2 kita mengalah sebab kita tanak tunjuk ego, tapi mengalah jugak berpaut dengan sabar. sabar kita ada limit jugak kan. mengalah pun ala2 kadar je la kan :D
kan kan ? hehe
Post a Comment